Kurang daripada dua bulan sebelum pelancaran, Naughty Dog telah mengeluarkan sebuah video trailer terbaharu The Last of Us Part II yang mengacah jalan ceritanya.
Trailer dimulakan dengan paparan sedetik Joel dan Ellie dari game pertama The Last of Us, kemudian memperlihatkan saat-saat manis dua watak ikonik itu meluangkan masa bersama seperti memetik gitar dan bergurau senda. Gembira.
Namun, aura kegembiraan itu bertukar kepada sesuatu yang lebih gelap apabila trailer memaparkan Ellie yang semakin sukar dikawal dan penuh dengan dendam. Video diteruskan dengan memperlihatkan aksi-aksi Ellie bertarung, dan dibelasah dengan lebih kejam. Kelihatan seperti tema The Last of Us yang biasa.
Boleh tontonnya di bawah:
Walau bagaimanapun, satu kelainan yang benar-benar ketara untuk video ini berbanding trailer-trailer sebelum ini ialah penutupan ruangan komen serta menyahkan nisbah like/dislike.
Walaupun ia sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana game keluaran Sony sebelum ini, ia sememangnya sesuatu yang sudah dijangka. Penutupan ruangan komen adalah untuk menghalang para pemain membincangkan spoiler yang mana jalan cerita game ini telahpun tertiris pada minggu lalu.
Penutupan nisbah like/dislike pula semestinya lanjutan daripada video mesej dari Naughty Dog dua hari lalu yang mana semasa artikel ini ditulis, telah mengumpulkan 82 ribu dislike berbanding 27 ribu like. Pastinya serangan dislike ini, Sony tidak mahu mereka menujahkannya ke trailer terbaharu ini pula.
Bagi yang terpinga-pinga mengapa game sepopular ini mendapat kecaman sebesar ini, kebanyakan peminat yang sudah membaca plot jalan cerita tertiris itu kecewa dengan apa yang disajikan Naughty Dog.
The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…