Dua siri game yang bersaudara.
Uncharted dan Tomb Raider boleh dikatakan adalah dua siri game yang mempunyai aura yang agak sama. Kedua-duanya menyajikan kepada kita action adventure pandangan third-person yang sentiasa mengetengahkan kisah mencari harta karun yang mistik.
Pelbagai elemen dalam kedua-dua siri ini yang “meniru” antara satu sama lain — ada yang Uncharted ambil inspirasi dari Tomb Raider, dan begitu juga sebaliknya.
Terbaru, satu tweet telah dikeluarkan oleh @RobinGaming yang menemui satu lagi persamaan terbaru antara kedua-dua francais game ini. Baru-baru ini, Square Enix telah mengeluarkan satu trailer baru pendek yang memaparkan dunia Shadow of the Tomb Raider yang memukau. Muzik yang digunakan dalam trailer ini kedengaran sama dengan salah satu muzik yang ada dalam Uncharted 2 apabila gameplay bertukar menjadi kombat.
Ini adalah trailer Shadow of the Tomb Raider yang terbaru itu. Dengarkan muziknya dengan teliti:
Kemudian, ini pula muzik daripada Uncharted 2. Ia mempunyai alunan gendang yang sama, tetapi ditambah dengan beberapa alat muzik yang lain, yang korang boleh dengarkannya pada minit ke 1:17:
https://youtu.be/IlPuxPItpmo?t=1m17s
Uncharted 2: Among Thieves dinobatkan oleh ramai sebagai game terbaik dalam siri Uncharted. Ia dikeluarkan pada Oktober 2009 untuk PS3 dan dikeluarkan semula dalam versi remastered dalam game trilogi Uncharted: The Nathan Drake Collection pada Oktober 2015 untuk PS4.
Shadow of the Tomb Raider pula akan dilancarkan pada 14 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…