Pengembaraan Lara Croft nampaknya kali ini lebih mencabar dalam trailer terbaru Shadow of the Tomb Raider yang dipaparkan semasa persidangan media Xbox di E3 2018 tadi.

Shadow of the Tomb Raider ialah game ketiga yang di-reboot dari trilogi Tomb Raider – bermula dengan Tomb Raider (2013) dan diikuti dengan Rise of the Tomb Raider(2015).

Gameplay kali ini menggabungkan pengembaraan, pertempuran dan juga penyelesaian teka-teki. Sementara dua game asal telah dibangunkan oleh Crystal Dynamics, studio Eidos Montreal akan bertanggungjawab untuk edisi kali ini, kononnya episod terakhir dalam jalan cerita pengenalan Lara Croft.

Game ini akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 14 September 2018.

sumber: polygon

JomKomen!