Bersempena dengan Tokyo Game Show (TGS) 2019 yang sedang berlangsung, Metronomik telah mengeluarkan trailer terbaru untuk No Straight Roads.

Dalam trailer berdurasi 2:22 minit ini, ia menggabungkan beberapa gameplay yang pernah diperlihatkan sebelum ini, serta sedikit gameplay yang belum pernah dikeluarkan.

Selain itu, trailer ini turut mendedahkan komposer undangan yang akan turut bekerjasama dalam game ini, iaitu Masahiro “Godspeed” Aoki yang pernah menghasilkan muzik untuk siri Sengoku Basara, Street Fighter V dan Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades. Pelakon-pelakon suara untuk bahasa Jepun juga diumumkan.

Jom layan:

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta Daim Dziauddin, concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada awal tahun 2020 untuk PC dan PS4.

JomKomen!