Metronomik telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru yang mendedahkan kepada kita apakah premis jalan cerita yang akan dibawakan ke dalam game pertama mereka, No Straight Roads.

Trailer ini cukup menghiburkan. Protagonisnya, Mayday telah memperkenalkan kepada kita siapakah penjahat yang akan beliau lawan, menyanyikannya dalam sebuah muzik yang rancak.

Korang boleh layan di bawah:

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV, serta Daim Dziauddin, concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada musim bunga 2019 (sekitar Mac hingga Jun) untuk PC (Steam) dan PS4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.