in , , , ,

Trailer Terbaru Nights of Azure 2 Perkenalkan Watak-Watak Penting Dari Siri Ini

Bakal diterbitkan bulan Oktober nanti.

Versi antarabangsa Nights of Azure 2: Bride of the New Moon telah diumumkan pada bulan lepas dan ianya akan diterbitkan untuk pasaran antarabangsa pada 24 Oktober bagi PC, PlayStation 4 dan Switch.

Buat masa ini, masih belum banyak info telah dikongsi oleh Koei Tecmo mengenai game ini dan berikut adalah trailer terbaru yang memberikan info mengenai dunia dan watak-watak penting yang bakal diketengahkan dalam siri ini.

Berlatarbelakangkan dunia Barat yang penuh dengan puaka pada lewat kurun ke-19, ia mengisahkan seorang wira yang bernama Aluche dan 2 sahabat karibnya iaitu Liliana dan Ruenheid. Aluche telah terbunuh dan kemudian dibangkitkan semula dengan sebahagian tubuhnya dikuasai puaka yang ditentang sebelum ini. Kini, Aluche berjuang untuk menyelamatkan dunia yang semakin dikuasi puaka dan menyelingkap misteri Queen of the Moon.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Firmware 5.0 PlayStation 4 Akan Memberi Pilihan Streaming Pada 1080p 60fps Bagi Twitch

Hellblade: Senua’s Sacrifice – Koleksi Markah Dan Review Dari Pengkritik