Nampak macam Metal Gear Solid + Monster Hunter la pulak!

Selepas pengumuman dari Square Enix berkenaan game baru Left Alive ini, hari ini mereka telah menerbitkan trailer rasmi bagi game ini pula!

Game yang bergenre survival action shooter ini dijangka akan diterbitkan bagi platform PlayStation 4 dan PC pada tahun 2018 nanti.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, banyak nama-nama besar yang terlibat di dalam pembikinan game ini seperti penerbit Left Alive Shinji Hashimoto (Final Fantasy dan Kingdom Hearts), Toshifumi Nabeshima (pengarah Armored Core), Yoji Shinkawa (Metal Gear), dan Takayuki Yanase (mech designer Ghost In The Shell: Arise, Mobile Suit Gundam 00, Xenoblade Chronicles X).

JomKomen!