in , , , , ,

Trailer Terbaru Gotham Knights Memaparkan Cerita, Kombat, Abiliti, Watak Jahat

WB Games Montreal mengeluarkan satu lagi trailer terbaru Gotham Knights yang memaparkan beberapa aspek penting yang perlu diketahui oleh pemain.

Perkara yang ditekankan dalam Gotham Knights adalah Batman sudah mati. Superhero baharu seperti Nightwing, Red Hood, Robin dan Batgirl bangkit untuk mempertahankan bandar Gotham.

Setiap daripada mereka memiliki kekuatan dan kebolehan masing-masing. Terdapat lima Boroughs yang boleh diterokai dan watak-watak jahat yang berbeza. Semasa pemain menggumpulkan klu untuk mengalahkan mereka, pemain akan mempelajari dengan lebih lanjut tentang rahsia Court of Owls dan rancangan mereka.

Gotham Knights akan dikeluarkan pada 21 Oktober untuk platform Xbox Series X/S, PS5 dan PC. Pembangun telah mengesahkan bahawa game ini akan berjalan pada 30 FPS di konsol tanpa performance mode.

Sama ada perkara ini akan berubah atau tidak masih tidak pasti, tetapi pembangun telah mengesahkan mode Assault Heroic yang menyertakan co-op 4 pemain pada bulan November nanti.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Mobile Season 3: Champions Event Bermula Hari Ini Bersama Legend Baharu, Ash

Konami Umum 3 Game Silent Hill, 1 Siri Interaktif, 1 Filem