in , ,

Trailer Terbaru Filem ‘Ready Player One’ Tampilkan Cameo Street Fighter Dan Overwatch

Trailer kedua dah keluar! Jom layan!

Trailer kedua untuk filem Steven Spielberg akan datang, Ready Player One telah dikeluarkan. Seperti juga trailer pertama yang diperlihatkan, trailer kedua ini juga mempunyai pelbagai rujukan kepada pop culture dan video game.

Antara yang dapat kita lihat adalah Tracer dari Overwatch serta Chun-Li dan Ryu dari siri Street Fighter. Selain itu, kereta ikonik dalam Back To The Future juga ada, serta naratifnya turut menyebut tentang Peter Parker dan Bruce Banner.

Korang boleh saksikan trailer terbaru ini di bawah:

Ready Player One merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari novel oleh Ernest Cline. Filem ini bakal berada di pawagam bermula 30 Mac 2018.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Days Gone Akan Membawakan Huru-Hara Zombi Ke PlayStation 4 Pada Tahun 2018

12 Game Klasik Street Fighter Dalam 1 Koleksi Diumumkan Untuk PC, PS4, Xbox One Dan Switch