in ,

Trailer Sekuel God of War Dilaporkan Akan Hadir Pada Bulan Depan, Disusuli Horizon Forbidden West

Ramai peminat yang mungkin sedikit kecewa dengan State of Play dari PlayStation yang diadakan pada minggu lalu. Tidak banyak game besar yang diperlihatkan selain Death Stranding Director’s Cut, Sifu dan lain-lain.

Namun, bulan hadapan mungkin akan menggembirakan ramai, sekiranya laporan terbaharu ini sahih.

Seorang pengguna di Reddit, QuimSix telah menyatakan bahawa satu lagi acara State of Play akan berlangsung pada Ogos ini, yang mana Sony akan berkongsikan trailer baharu untuk sekuel God of War.

Kemudian, selepas State of Play yang memfokuskan kepada sekuel God of War itu, akan ada pula perkembangan terbaharu tentang Horizon Forbidden West. Menurutnya, Guerrilla Games akan berkongsikan tarikh pelancaran dan trailer baharu dalam acara itu, namun sumbernya masih tidak tahu bila acara itu akan berlangsung, tapi yang pasti dalam tahun ini juga.

Mengapa kita perlu memerhatikan laporan beliau ini dengan rapat? Kerana beliaulah antara individu yang memberikan laporan tentang tarikh State of Play sebelum ini, serta trailer untuk Far Cry 6, yang akhirnya disahkan tepat.

Walau bagaimanapun, khabar angin tetap masih dalam status khabar angin selagi masih belum disahkan secara rasmi. Maka, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap laporan ini.

Perkembangan rasmi terkini yang didedahkan sebelum ini adalah sekuel God of War kini telah ditunda ke 2022, turut disahkan untuk PS4 dan PS5, manakala Horizon Forbidden West pula sebelum ini telah memaparkan gameplay pertama yang berdurasi lebih 14 minit.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Mobile The Witcher Diumumkan, Tangkap Raksasa Macam Pokemon Go

Dengan Android 12, Pemain Boleh Main Game Terus Walau Masih Sedang Muat-Turunnya

Rasmi: EA Tidak Hadkan FIFA 22 Untuk Satu PC Sahaja, Tersilap Letak Notis Di Steam [KEMASKINI]