in , , ,

Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi ‘Braindance’ Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Tengah malam tadi, CD Projekt Red telah mengadakan acara digital mereka, iaitu episod pertama untuk Night City Wire, satu siri di mana mereka akan berkongsikan beberapa butiran baharu tentang Cyberpunk 2077.

Acara yang berlangsung selama 25 minit itu dimulakan dengan memaparkan trailer story terbaharu. Trailer ini penuh aksi, menujukkan pemain bertemukan dengan pelbagai NPC dan melakukan beberapa quest. Pada akhir video, kita sekali lagi bertemu dengan Johnny Silverhand, watak yang dimodelkan dan disuarakan oleh Keanu Reeves.

Semua yang dipaparkan dalam trailer ini, menurut CDPR, hanyalah prolog dalam Cyberpunk 2077. Jom layan:

Kemudian, mereka beralih kepada kandungan utama yang mereka ingin kongsikan dalam acara kali ini, iaitu gameplay yang memperlihatkan kali pertama satu mekanisme dalam game yang digelar ‘Braindance’.

Menurut CDPR, Braindance akan memainkan fungsi yang amat penting dalam penceritaan game ini nanti. Ia merupakan satu teknologi di mana editor boleh mengakses memori individu lain untuk mengetahui apakah yang terjadi kepada individu tersebut sebelum dia mati. Kita boleh mengawal, melihat sekeliling, mempercepat dan memperlahankan waktu itu bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Dalam acara digital ini, CDPR turut mengingatkan sekali lagi tentang fungsi backward compatibility dan program naiktaraf percuma yang disediakan untuk Cyberpunk 2077 antara PS4/PS5 dan Xbox One/Series X, seperti yang telah kami laporkan sebelum ini.

Korang boleh tonton acara digital ini secara penuh yang berdurasi selama 25 minit melalui video di bawah:

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 19 November 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Filem Inception Akan Ditayangkan Dalam Fortnite Pada Jumaat Malam Ini

Filem Inception Akan Ditayangkan Dalam Fortnite Pada Jumaat Malam Ini

CD Projekt Red, Netflix Umum Kerjasama Bikin Anime Dalam Dunia Cyberpunk 2077

CD Projekt Red, Netflix, Studio Trigger Umum Kerjasama Bikin Anime Dalam Dunia Cyberpunk 2077