Sama ada korang peminat francais video game Mortal Kombat ataupun tidak, filem adaptasi terbaharunya tetap dinantikan ramai.
Kini, setelah sekian lama menanti, Warner Bros. Pictures telah memperlihatkan trailer pertama untuk filem reboot Mortal Kombat ini. Seperti dijangka, ia memaparkan aksi pertarungan penuh aksi ganas dan berdarah — sesuatu yang sepatutnya untuk adaptasi video game yang cukup terkenal dengan ‘fatality’ ini.
Jom saksikan karakter-karakter ikonik seperti Scorpion, Sub-Zero, Mileena, Raiden dan ramai lagi beraksi buat kali pertama:
Filem aksi seni beladiri adaptasi dari video game terkenal ini diterbitkan oleh James Wan dan diarahkan oleh Simon McQuoid. Mortal Kombat akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan eksklusif di HBO Max (tanpa caj tambahan) pada 16 April 2021.
Comments
Loading…