Satu video yang merakamkan trailer pendek filem Monster Hunter melalui kamera telefon telah tertiris. Trailer tersebut telah memperlihatkan Milla Jovovich dan Tony Jaa lengkap berpakaian seperti mana dalam game-game Monster Hunter.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Trailer ini diperlihatkan di Shanghai International Film Festival. Selain trailer itu, mereka turut mengumumkan bahawa Toho dan Tencent akan membawakan filem ini ka pawagam di Asia.

Apa yang akan diceritakan dalam filem ini nanti? Terdapat sebuah dunia lain di balik dunia kita. Dunia itu dipenuhi raksasa berbahaya dan berkuasa. Apabila Lt. Artemis (Milla Jovovich) dan pasukannya tersadai di dunia asing tersebut, mereka perlu mempertahankan diri daripada makhluk-makhluk yang tidak lut akan senjata-senjata moden mereka. Untuk itu, Artemis perlu bekerjasama dengan lelaki misteri (Tony Jaa) yang menggunakan senjata ditempa dari bahagian badan makhluk-makhluk tersebut.

Filem Monster Hunter akan ditayangkan di pawagam pada 4 September 2020.

JomKomen!