Menu
in , , ,

Trailer Pertama Battlefield 6 Mungkin Paparkan Aksi Di Pulau Terasing Yang Ada Taufan

EA dan DICE sememangnya masih belum umumkan bilakah kita akan disajikan dengan trailer pertama untuk Battlefield seterusnya, namun kita mungkin sudah dapat sedikit gambaran apa yang akan dipaparkan kelak.

Satu post di Reddit mendakwa yang beliau sendiri telah bercakap dengan orang dalam industri yang sering berkongsikan info tentang Battlefield, Tom Henderson, menyatakan bahawa trailer pertama Battlefield akan datang itu akan memaparkan aksi di sebuah pulau terasing yang tidak berpenghuni (desert island).

Kemudian, selepas post di Reddit itu menjadi tular, Henderson telah mengacah satu gambar di Twitter-nya. Beliau memuatnaik lakaran kasar seperti di pantai sebuah pulau kecil sambil meletakkan hashtag #Battlefield seolah-olah mengesahkan post di Reddit itu.

Tweet-tweet balasannya pula mengatakan pulau yang ada ribut taufan ini bukanlah map untuk battle royale, tetapi sememangnya satu ribut yang akan dibawa ke dalam map tersebut — mungkin antara bencana alam seperti yang diperkatakannya baru-baru ini. Kemudian beliau juga mengacah beberapa kenderaan moden seperti kapal terbang yangada bilah kipas besar dan pelancar roket.

Walaupun Henderson sering mendedahkan beberapa info awal yang akhirnya disahkan sahih, butiran ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Oleh itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Sebelum ini, beliau ada melaporkan Battlefield seterusnya hanya berjudul ‘Battlefield’, menggunakan latar masa 10 Tahun akan datang.

Battlefield seterusnya ini dijadualkan dilancarkan pada hujung tahun ini, dan acara pendedahannya dijangka akan berlangsung sekitar Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version