in ,

Trailer Medal Of Honor: Above And Beyond Memaparkan Ejen OSS Semasa Perang Dunia Kedua

Respawn Entertainment telah mengeluarkan story trailer untuk game Medal of Honor: Above and Beyond yang bakal keluar untuk VR.

Trailer itu telah dipaparkan semasa pertunjukkan Gamescom Opening Night Live. Ia menampilkan kempen single-player yang merangkumi pertarungan di darat, laut dan udara dalam misi untuk sabotaj kubu-kubu Nazi.

Diumumkan semasa Oculus Connect 6, game ini berlatarbelakangkan pada zaman Perang Dunia Kedua di mana pemain akan bermain sebagai seorang ejen OSS (Office of Strategic Services) di Eropah.

Kempen akan dibahagikan kepada tiga bahagian dan pemain akan dapat melihat semuanya dari perspektif pemain dalam pandangan first-person. Malah, tidak ada cutscenes juga.

Pemain akan membantutkan rancangan Nazi, membantu pasukan penentang dan banyak lagi. Mode multiplayer juga dijangka akan tiba. Medal of Honor: Above and Beyond akan tiba di Oculus Rift pada hujung tahun ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Mobile The Witcher Diumumkan, Tangkap Raksasa Macam Pokemon Go

Game AR Mobile The Witcher Diumumkan, Tangkap Raksasa Macam Pokemon Go

Game Seram Pertama Untuk PS5 Diumumkan - Quantum Error, Game Shooter Di Angkasa

Quantum Error Memaparkan Teasar Trailer Yang Menyeramkan Khas Untuk PS5