Tiga bulan selepas mengeluarkan episod pertama Life is Strange 2, Square Enix dan Dontnod akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk episod keduanya.

Life is Strange 2 Episode 2: Rules akan dilancarkan pada 24 Januari 2019.

Tarikh diumumkan dalam video trailer yang baru sahaja dikeluarkan. Trailer ini memaparkan hampir keseluruhan dalam live-action, melakonkan semula babak terakhir dalam episod pertama, menampilkan sendiri pelakon suara watak Sean Diaz, iaitu Gonzalo Martin.

Di akhir trailer, mereka memperlihatkan sedikit footage dalam game daripada Episode 2. Korang boleh tontonnya di bawah:

Episod kedua ini akan membawakan perjalanan Sean dan Daniel ke rumah datuk dan neneknya disebabkan Daniel yang jatuh sakit kerana berada terlalu lama di dalam cuaca sejuk bersalji. Sesampainya mereka di sana, mereka bertemu dengan Chris Eriksen, watak utama kanak-kanak dari The Awesome Adventures of Captain Spirit — sebuah demo prekuel kepada Life is Strange 2 yang boleh dimainkan secara percuma oleh semua pemain.

Chris dan Daniel berkenalan dan terus menjadi sahabat baik. Daniel memiliki kuasanya yang luar, dan Chris pula merupakan seorang kanak-kanak berimaginasi yang fikir bahawa dia juga mempunyai kuasa seperti Daniel.

Bulan lalu, Dontnod mengumumkan yang Life is Strange 2 akan dikeluarkan pada Januari 2019 (tiada tarikh tepat pada ketika itu), iaitu 4 bulan selepas melancarkan episod pertama. Mengapa terlalu lama? Mereka tidak mahu terburu-buru untuk game ini yang mampu membawa kepada kegagalan untuk mencapai sasaran kualiti dan impak emosi yang para pemain layak untuk rasai.

Korang boleh baca review episod pertama di sini, yang penulis katakan sebagai sebuah game yang mengingatkan semula penulis kepada setiap detik dalam Life is Strange dan Life is Strange: Before the Storm tentang bagaimana siri game ini sentiasa menyentuh hati.

Life is Strange 2 boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!