Seperti tahun-tahun sebelum ini, The Game Awards 2019 akan memperlihatkan banyak video gameplay terbaru, sama ada game baru yang diumumkan, atau game yang sudahpun diumumkan sebelum ini.

Setelah megumumkan semasa State of Play tempoh hari tentang kehadiran Ghost of Tsushima di TGA 2019, penerbit dan hos TGA, Geoff Keighley telah mendedahkan pula bahawa Ghost of Tsushima akan memaparkan trailer dengan durasi paling panjang berbanding semua trailer yang bakal diperlihatkan di majlis anugerah itu nanti.

Gameplay bagaimanakah yang bakal dipaparkan esok? Adakah akan turut mengumumkan tarikh pelancaran? Platform pula — diumumkan untuk PS4 dan PS5?

Ghost of Tsushima pertama kali diperlihatkan kepada umum pada E3 2018 dengan memaparkan gameplay yang cukup berpotensi selama 8 minit.

The Game Awards 2019 akan berlangsung pada 13 Disember 2019, 9.30 pagi (waktu Malaysia). Kita boleh saksikannya di saluran Youtube dan Twitch rasmi acara ini.

JomKomen!