in , , ,

Trailer Gears of War 5 Paparkan Jalan Cerita Yang Lebih Gelap – Gadis Emosi Jadi Watak Utama!

Trailer Gears of War 5 yang pertama telah didedahkan semasa persidangan Microsoft di E3 2018 yang memaparkan jalan cerita yang lebih gelap.

Trailer ini memaparkan satu mimpi buruk yang dialami oleh Kait yang mempunyai kaitan dengan rantai logo Locust miliknya. Marcus Fenix dan anaknya kembali bersama-sama dengan ahli pasukan Gears of War 4 yang lain.

Persekitaran yang ditunjukkan dalam trailer kali ini lebih ekstrem dengan kepelbagaian dibandingkan dengan game Gears of War yang lepas. Dari kawasan ais sehinggalah ke kawasan hutan.

Kali ini pemain akan bermain sebagai Kait Diaz yang memegang rahsia misteri. Kait akan diikuti oleh Delmont “Del” Walker, sementara JD dan Marcus mempunyai misi mereka yang tersendiri.

Gameplay memaparkan beberapa jenis musuh dan senjata melee baru untuk pemain gunakan bersama dengan senapang besar. Coalition tidak memberitahu apa-apa tentang kemunculan semula mana-mana game modes atau co-op.

Gears of War 5 akan dikeluarkan di Windows 10 PC dan Xbox One pada tahun 2019.

Sumber: polygon

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gears Tactics: Game Gears of War Bergenre Turn-Based Strategy Terbaru Untuk PC

Trailer Terbaru Shadow Of The Tomb Raider Bawa Kita Ke Dalam Dunia Mayan Misteri