Jika korang merindui game FPS taktikal seperti SWAT 4, korang pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton trailer gameplay terbaru Ready or Not yang dihasilkan oleh Void Interactive.

Trailer terbaru Ready or Not ini memaparkan gameplay dan sedikit sebanyak tentang informasi mengenai beberapa ciri dan tema yang bakal diketengahkan dalam game ini.

Antara perkara yang diketengahkan adalah game ini mempunyai mode single player, co-op dan multiplayer. Namun dalam video ini, narrator lebih memfokuskan kepada gameplay dalam single player.

Dalam mode single player atau career mode, pemain boleh merancang strategi permainan sebelum memulakan misi dengan memilih sama ada untuk bermain secara agresif atau tidak agresif. Terdapat juga pelbagai taktik yang boleh pemain lakukan semasa misi sedang dijalankan. Narrator juga ada menyebut bahawa setiap karakter mempunyai personaliti yang berbeza dan setiap dari mereka ada cerita tersendiri.

Ready or Not boleh dikatakan sebagai spiritual successor kepada game SWAT 4 kerana ia menambah baik ciri-ciri terbaru yang tidak ada dalam SWAT 4. Modder terkenal iaitu eezstreet yang menghasilkan mod SWAT 4: Elite Force juga telah menyertai Void Interactive untuk menghasilkan game ini.

JomKomen!