CD Projekt Red telah mengeluarkan sebuah trailer terbaharu untuk Cyberpunk 2077, yang mana ia kemungkinan adalah gameplay trailer terakhir sebelum game futuristik open-world ini dilancarkan pada bulan hadapan.
Berdurasi 5 minit, secara kasarnya trailer ini memperkenalkan kepada para pemain apakah yang akan disajikan serta apakah yang pemain boleh lakukan dalam game ini.
Tidak ketinggalan, karakter yang menjadi bualan sejak sekian lama, Johnny Silverhand, iaitu karakter yang berdasarkan dan dilakonkan sendiri oleh Keanu Reeves, turut tampil memperkenalkan diri dalam trailer terbaharu ini.
Jom kita layan:
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk Xbox One, Xbox Series X, Xbox Series S, PS4, PS5, PC dan Stadia pada 10 Disember ini.
Comments
Loading…