Menjelang tiga bulan sebelum FIFA 21 dilancarkan, EA Sports telah memperlihatkan gameplay pertama game bola sepak akan datang itu melalui satu trailer yang berdurasi kira 3 minit lebih.
Lima fokus utama disebutkan dalam trailer kali ini iaitu Agile Dribbling, Creative Runs, Positioning Awareness, Natural Collision System dan Fundamental of Footballs.
Daripada lima perkara ini, hanya dua ciri baharu yang menarik perhatian penulis iaitu Creative Runs dan Natural Collision System.
Creative Runs ini mungkin sesuatu yang baharu untuk para pemain FIFA namun ia sebenarnya satu fungsi yang sudah beberapa tahun diperkenalkan dalam siri PES. Fungsi ini membenarkan kita untuk mengawal pemain lain (selain yang sedang membawa bola) untuk berlari dan membuka ruang ke arah mana. Tekan L1 (butang default) dan kawal pemain lain menggunakan analog stick kanan.
Natural Collision System juga pada pandangan penulis adalah satu ciri yang perlu. Kita mungkin akan melihat kekurangan dalam kekerapan beberapa pemain berlaga antara satu sama lain dan kemudian terjatuh.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.
Comments
Loading…