in , , , ,

Trailer Game Mobile Dari China Ini Tiru Trailer Battlefield 2042 Bulat-Bulat

Game-game mobile yang dibangunkan dari negara China mengambil elemen-elemen inspirasi daripada game-game lain ke dalam game mereka itu sudah biasa.

Namun, apabila trailer juga ditiru bulat-bulat, ini nampaknya begitu melucukan.

Seperti yang dilaporkan MP1ST, pembangun Magic Prime Group Limited telah mengeluarkan trailer baharu untuk game mereka berjudul Battle Warship: Naval Empire. Trailer ini, seperti yang korang boleh tontonnya di bawah, sememangnya meniru bulat-bulat trailer mode Portal untuk Battlefield 2042.

Senjata dan kenderaan yang digunakan mungkin berbeza, namun, konsep dan pergerakan kameranya yang membuat pusingan pandangan 360 darjah tentunya serupa dengan trailer yang dikeluarkan EA itu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Senarai Penuh Harga Setiap Barangan Gaming Di IKEA Malaysia – Kerusi Bermula Dari RM299

Mengidam PS5 Tapi Ditipu Scammer? Ini Langkah/Butiran Penting Ketika Buat Laporan Polis