in , , ,

Trailer Forza Horizon 4 Dedahkan Perubahan Musim Yang Dinamik Di Britain!

Kali ini pemain akan dibawa ke negara Britain dengan penambahan perubahan musim serta hovercraft.

Forza Horizon 4 dari Playground Games merupakan sebuah game perlumbaan open world yang diumumkan di persidangan Microsoft di E3 2018 awal pagi tadi.

Di dalam demo yang ditunjukkan, para pemain berlumba melintasi Edinburgh, dikelilingi oleh ramai pelumba-pelumba lain. Pemain sekarang boleh berkongsi dunia dengan pemain yang lain secara online.

Di dalam demo itu, perubahan empat musim ditunjukkan bagaimana ia berfungsi. Sebagai contoh, semasa musim sejuk, tasik akan beku dan salji akan mengubah cara pemanduan di jalanan.

https://www.youtube.com/watch?v=VmQNo8xtcAg

Forza Horizon mempunyai tarikh pelancaran yang berbeza dengan siri utama francais Forza, dihasilkan oleh Turn 10 Studios. Siri Horizon dibina untuk meniru corak pemanduan mekanik yang hampir menyamai seperti simulasi dari siri Forza yang lain, tapi Horizon lebih ke arah arked.

Forza Horizon 4 akan boleh didapati di Windows 10 PC dan Xbox One pada 2 Oktober dan akan menjadi sebahagian daripada Xbox Game Pass.

Sumber: polygon

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xbox Game Pass: Servis Langganan Game Akan Lebih Pantas Dan Koleksi Game Yang Lebih Besar!

Bethesda Umumkan Elder Scrolls VI, Saksikan Trailer Acah Pertama