Trailer Filem World of Warcraft Terbaru Tampilkan Pelbagai Aksi Lasak

0
325

Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Jun nanti lepas tengok trailer ke-2 ni!

world of warcraft film 02Filem World of Warcraft ini telah memulakan produksi sejak 2014 lagi dan bakal mengambil game asalnya serta novel sebagai rujukan. Berkisar percanggahan antara dua kaum iaitu manusia serta orcs. Anduin Lothar (Travis Fimmel) akan bertindak sebagai ketua kaum manusia manakala Durotan (Toby Kebbell) bertindak sebagai ketua kaum orcs. Keduanya ingin menjaga kepentingan dan keselamatan kaum masing-masing dan ini akan menjadi punca peperangan!

world of warcraft film 01Efek CGI filem ini akan dilaksanakan oleh studio Industrial Light & Magic yang sememangnya tidak asing dalam dunia CGI dan telah berjaya merangkul belasan anugerah antarabangsa. Industrial Light & Magic telah menyatakan kepada peminat siri World of Warcraft agar tidak khuatir kerana mereka menjanjikan efek yang terbaik untuk filem ini.

Masih terlalu awal untuk memberi komen positif mahupun negatif untuk filem ini.

Apa pun, FOR THE HORDE!

JomKomen!