in , , , , ,

Trailer E3 PES 2019 Memperkenalkan 11 Skill Baru, Liga Perancis, Aksi 11 Pemain Legenda

Sudah bersedia untuk musim 2019 dalam PES?

Konami baru sahaja mengeluarkan trailer gameplay baharu untuk PES 2019 sempena E3 2018. Video yang berdurasi 2 minit 38 saat itu memaparkan beberapa ciri baru yang bakal dibawakan ke dalam game bola sepak akan datang daripada Konami ini.

11 skill baru telah diperkenalkan iaitu Cross Over Turn, Double Touch, Step On Skill Control, No Look Pass, Interception, Penalty Specialist, GK Penalty Saver, GK High Punt, Rising Shots, Chip Shot Control, dan Dipping Shots.

Kemudian, Konami telah mendedahkan dua lagi liga yang mendapat lesen dalam game ini nanti, iaitu Ligue 1 (Perancis) dan Ligue 2 (Perancis)  Serie A (Itali) — melengkapkan keseluruhan sembilan liga berlesen yang diumumkan sebelum ini.

Ralat: Kami melaporkan sebelum yang terdapat liga Serie A (Itali). Kami tersilap.

Akhir sekali, trailer ini memperlihatkan aksi 11 pemain legenda yang akan ditampilkan ke dalam mode myClub. 11 pemain ini ialah Johan Cruyff, Lothar Matthaus, Paolo Maldini, Ruud Gullit, Pablo Nedved, Roberto Carlos, Cafu, Patrick Viera, Oliver Kahn, Diego Maradona, dan semestinya salah seorang muka hadapan untuk PES 2019, David Beckham.

Saksikan trailer gameplay PES 2019 yang cukup rancak ini di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=SSfko2Ps9oY

PES 2019 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.

JomBaca: 10 Perkara Tentang PES 2019 Setakat Ini – Tarikh Pelancaran, Trailer Dan Ciri-ciri Baru!


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Déraciné: Bermain Sebagai 'Spirit' Di Dalam VR Dan Tentukan Takdir Kehidupan Orang Lain

Déraciné: Bermain Sebagai ‘Spirit’ Di Dalam VR Dan Tentukan Takdir Kehidupan Orang Lain

The Crew 2: Try Test Drive Open Beta dan Preload Game Anda Sekarang

The Crew 2: Try Test Drive Open Beta dan Preload Game Anda Sekarang