in , , , ,

Trailer Call of Duty Diharamkan Di China Kerana Ada Rakaman Peristiwa Tiananmen Square, Digantikan Di Seluruh Dunia

Minggu lalu, kita telah disajikan dengan trailer pertama Call of Duty: Black Ops Cold War. Trailer tersebut tidaklah memaparkan sebarang gameplay, sebaliknya menunjukkan rakaman-rakaman dunia sebenar sepanjang konflik Perang Dingin (1947-1991).

Walau bagaimanapun, trailer tersebut telah diharamkan di China kerana ia turut memaparkan rakaman peristiwa Tiananmen Square pada tahun 1989 — iaitu sebuah protes pro-demokrasi terhadap kerajaan komunis China. Tiada angka rasmi didedahkan, namun konflik ini dikatakan telah mengorbankan ribuan nyawa.

Pada asalnya, trailer pertama Call of Duty: Black Ops Cold War adalah berdurasi 2:02, dimuatnaik secara rasmi di channel Youtube Call of Duty dan Xbox, seterusnya dimuatnaik semula di channel-channel media lain seperti IGN dan Gamespot. Namun, pada 21 Ogos, video asal itu sebenarnya telah dipadamkan, dan digantikan dengan trailer baharu di kedua-dua channel rasmi tersebut.

Trailer baharu ini semestinya bukan trailer tambahan, tetapi sebenarnya adalah trailer ganti yang hanya berdurasi hanya 1:00. Tentunya, trailer terbaharu ini tidak lagi memaparkan rakaman peristiwa Tiananmen Square (dan beberapa rakaman lain) seperti yang ada dalam trailer asal.

Ini trailer asal yang masih boleh ditonton di channel IGN:

Ini pula trailer baharu yang sudah diganti di channel rasmi Call of Duty:

Terima kasih, Kotaku.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan 23 Minit Video Tutorial Demo No Straight Roads - Belajar Gerakan-Gerakan Asas

No Straight Roads Kini Dilancarkan Untuk PC, PS4, Switch, Xbox One – Ini Trailer Pelancaran

Nintendo Umumkan Satu Lagi Switch Model Baru, Bateri Tahan Lebih Lama

Nintendo Switch Pro Dilaporkan Bakal Tiba Pada 2021 Dengan Pelbagai Penambahbaikan