in , ,

Trailer Baru PlayStation Sahkan Gran Turismo 7 Hanya Akan Dilancarkan Ke PS5

Beberapa game awal PS5 — seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Horizon Forbidden West — turut dilancarkan ke PS4, membuatkan sesetengah pemain tertanya-tanya apakah game yang dibangunkan ‘benar-benar untuk PS5’.

Sony telah mengeluarkan satu trailer baharu yang memperlihatkan beberapa game baharu dan akan datang untuk PlayStation. Melalui trailer ini, mereka mendedahkan sebuah game akan datang dari francais lama PlayStation hanya akan dilancarkan untuk PS5.

Gran Turismo 7 telah diumumkan sebagai sebuah game eksklusif PS5, atau dalam kata lain, ia tidak akan dilancarkan ke PS4.

Dalam trailer ini, Sony dengan jelas meletakkan game simulasi perlumbaan permotoran itu dengan label ‘PlayStation 5 Exclusive’, serta bakal hadir pada tahun 2021.

Selain itu, ada beberapa game lain yang Sony dedahkan berapa lamakah game tersebut akan menjadi eksklusif untuk platform PlayStation sebelum ia dikeluarkan ke konsol lain pula.

Deathloop dan Ghostwire: Tokyo akan menjadi eksklusif untuk platform PlayStation selama 12 bulan, manakala Project Athia pula lebih lama, iaitu 24 bulan.

Korang boleh saksikan trailer ini di bawah:

PS5 akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PS4 Dilaporkan Akan Menamatkan Sokongan Terhadap Facebook Tidak Lama Lagi

Facebook Dilaporkan Secara Senyap Telah Memadamkan Video Yang Dimuat-Naik Dari PS4

Cristiano Ronaldo Dibawa Masuk Ke Dalam Free Fire Dengan Kostum Futuristik