in , ,

Trailer Baru Horizon Forbidden West Memperkenalkan Carrie-Anne Moss, Angela Bassett

Menjelang sebulan sebelum pelancaran, Guerrilla Games telah berkongsikan story trailer untuk Horizon Forbidden West.

Trailer berdurasi 3 minit itu telah memperkenalkan kepada para pemain apakah konflik yang bakal dilalui Aloy sepanjang sekuel itu kelak, apakah motif untuk beliau mengembara ke kawasan barat, kecamuk politik yang dihadapinya dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, tarikan utama trailer ini tentunya dengan pengenalan dua bintang Hollywood yang akan menyerikan game open-world itu, iaitu Carrie-Anne Moss yang terkenal sebagai Trinity dalam siri The Matrix dan Angela Bassett yang terkenal sebagai Ramonda dalam Black Panther.

Menurut Pengarah Naratif, Ben McCaw ketika bercakap kepada Game Informer, Bassett akan membawakan watak sebagai Regalla, salah seorang antagonis utama dalam Horizon Forbidden West.

Moss pula akan membawakan watak sebagai Tilda, satu karakter yang akan mempunyai hubungan rapat dengan GAIA, iaitu supercomputer AI yang diperkenalkan dalam Horizon Zero Dawn.

Horizon Forbidden West akan dilancarkan untuk PS5 dan PS4 pada 18 Februari 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Extraction: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Saham Sony Dilaporkan Jatuh Paling Teruk Sejak 2008 Selepas Microsoft Umum Beli Activision Blizzard