in , , , ,

Trailer Baru Game Suicide Squad Yakinkan Pemain Kenapa Perlu Hapuskan Justice League

Setelah lebih setahun mengumumkan game terbaharu Suicide Squad, Warner Bros. dan Rocksteady telah mengeluarkan satu lagi trailer baharu.

Trailer kali ini lebih memfokuskan kepada jalan cerita yang bakal ditampilkan ke dalam Suicide Squad: Kill the Justice League. Walaupun masih belum berkongsikan sebarang gameplay, trailer ini memaparkan mengapa Task Force X benar-benar perlu menghapuskan Justice League.

Task Force X ini terdiri daripada Harley Quinn, Captain Boomerang, Deadshot dan King Shark.

Jom layan:

Tiada gameplay diperlihatkan buat masa ini, namun menurut pendedahan sebelum ini, Suicide Squad: Kill the Justice League adalah sebuah game action-adventure shooter.

Suicide Squad: Kill the Justice League akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk PS5, Xbox Series X dan PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Pedro Pascal, Bella Ramsey Di Set Penggambaran The Last of Us HBO Tersebar

The Day Before Akan Dilancarkan Pada Jun 2022 Untuk PC, Turut Umum Untuk PS5, Xbox Series