Berita utama dalam dunia gaming PC pada hari ini pastinya adalah pendedahan oleh Nvidia terhadap siri baharu GeForce RTX 30 — yang terdiri daripada RTX 3070, RTX 3080, dan RTX 3090.
Bagi memperlihatkan keupayaan GPU baharu yang cukup berkuasa tinggi ini, Nvidia telah bekerjasama dengan beberapa game untuk mengeluarkan trailer game yang dimainkan menggunakan siri RTX 30 ini. Antara game yang dipaparkan melalui trailer masing-masing itu ialah Omniverse Machinima, Minecraft, Watch Dogs: Legion, Call of Duty: Black Ops Cold War, Cyberpunk 2077 dan Fortnite.
Korang boleh saksikan semua trailer ini di bawah, antara lain memfokuskan kepada teknologi ray-tracing dan banyak lagi:
Comments
Loading…