in , , , , ,

Trailer Baru Battlefield V Bersempena Gamescom Akan Dikeluarkan Pada Malam Ini, Saksikan Video Acah Ini Dulu

Bersiap sedia askar!

Sejak pertama kali diumumkan secara rasmi, kita telah disajikan dengan 3 video trailer — iaitu trailer gameplay, trailer multiplayer, dan trailer War Stories. Selain itu, kita juga telah menonton gameplay sebenar yang dimuatnaik oleh para Youtuber.

Terbaru, EA dan DICE telah mendedahkan yang pada 9 malam ini (waktu Malaysia), mereka akan mengeluarkan satu trailer baru yang digelar ‘Devastation of Rotterdam’ bersempena dengan acara Gamescom 2018 yang akan diadakan di Cologne, Jerman.

Mereka turut mengeluarkan terlebih dahulu video acah yang pastinya membuatkan kita makin tak sabar untuk melihat trailer penuhnya.

Jom layan video acah ini:

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Terbaru Marvel’s Spider-Man Paparkan Open-World Luas, Berayun Penuh Bebas Di Bandar New York

Hak Milik Siri Timesplitters Kini Dimiliki Oleh THQ Nordic