in , , ,

Trailer Baharu Sifu Paparkan Bagaimana Karakter Jadi Semakin Tua, Ditunda Ke 2022

Dalam acara State of Play oleh PlayStation yang berlangsung awal pagi tadi, Sloclap telah memperlihatkan sebuah trailer baharu untuk game kung-fu akan datang, Sifu.

Berjudul ‘Fight Club’, trailer ini memaparkan bagaimana setiap kali pemain gagal dalam satu-satu pertarungan, mereka akan kembali ke babak itu, tapi dalam usianya yang semakin bertambah.

Dalam perkongsian di PlayStation Blog, Pengurus Komuniti, Felix Garczynski menyatakan sama seperti mahaguru-mahaguru dalam filem-filem kung-fu, semakin meningkat umur, semakin handal karakter itu akan bertempur. Namun harus diingat, pemain tidak hidup selamanya, bermakna, sampai satu tahap usia, pemain akan menjadi terlalu tua dan perlu memulakan semula perjalanan itu dari awal.

Jalan cerita yang akan dibawakan adalah sebuah geng yang kejam telah membunuh semua ahli keluarga protagonisnya, dan sebagai seorang anak muda yang mempelajari seni beladiri kung-fu, dia sedang dalam misi untuk mencari dalang dan membalas dendam.

Lima orang pembunuh upahan adalah individu yang dicari. Setiap pembunuh upahan ini merupakan lima bos utama dalam game ini kelak, yang setiap seorang daripadanya mewakili lima elemen dalam Kung Fu iaitu kayu, api, air, besi, dan bumi.

Untuk bertemu dan bertarung dengan kelima-lima bos ini, pemain perlu berhadapan dengan konco-konco bawahannya terlebih dulu, dalam masa sama dijadikan sebagai latihan untuk memperbaiki pertempuran.

Walaupun trailer setakat ini menampakkan kebanyakannya pertarungan tangan kosong, Sifu sebenarnya nanti akan menampilkan lebih banyak senjata yang akan digunakan berdasarkan persekitaran sekeliling.

Mereka turut mengumumkan bahawa pelancaran asal yang patutnya dijadualkan pada akhir tahun 2021, kini telah ditunda ke awal tahun 2022. Namun mereka belum dedahkan bilakah tarikh tepat pelancarannya.

Sifu akan dilancarkan untuk PS5, PS4, dan PC (Epic Games Store).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Death Stranding Director’s Cut Dilancarkan Pada September Untuk PS5, Berharga RM209, Naik Taraf RM50 Dari PS4

Semua Tentang The Witcher Yang Diumumkan Di WitcherCon – Musim 2 Netflix, Filem Anime, DLC Witcher 3, Komik, Banyak Lagi