in , , , , ,

Trailer Acah Life is Strange 2 Dikeluarkan, Memaparkan Satu Kuasa Luar Biasa

Rindu kita kepada Arcadia Bay akan terubat tidak lama lagi.

Trailer acah rasmi Life is Strange 2 akhirnya telah dikeluarkan. Video yang hampir seminit ini tidak memperkenalkan kepada kita siapakah karakter yang bakal kita mainkan nanti, namun ia memberikan beberapa info yang agak menarik.

Ia menunjukkan rakaman kamera dashboard seorang pegawai polis bernama K. Matthews, yang mana beliau telah memberhentikan keretanya untuk melihat sesuatu kejadian yang aneh di luar. Sekiranya korang sudah bermain Life is Strange: Before the Storm, korang akan kenali K. Matthews ini sebagai pegawai keselamatan diΒ Blackwell Academy.

Apabila keluar dari kereta, pegawai polis ini mengucapkan “10-10” melalui alat komunikasi untuk memberitahu pegawai polis lain. Kod “10-10” ini adalah bermaksud sesuatu yang sangat bahaya sedang berlaku, dan kemudiannya kelihatan beliau dan keretanya tercampak dan terbalik seperti ditolak dengan satu kuasa luar biasa.

Pada akhir video, Dontnod mengumumkan yang pendedahan penuh Life is Strange 2 akan dilakukan pada 20 Ogos ini.

Korang boleh saksikan trailer acah ini di bawah:

Episod pertama Life is Strange 2 akan dilancarkan pada 27 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Ogos 2018

2 Jam Bermain Game Marvel’s Spider-Man Dari Insomniac Buat Kitorang Jatuh Cinta!