in , , ,

Trafik, Pendaftaran Di Laman Web Cheat Battlefield 2042 Meningkat Sehingga 400%

Sebelum ini kami telah melaporkan tentang cheat-cheat untuk Battlefield 2042 sudahpun tersedia dan mula dijual walaupun game itu masih belum dilancarkan.

Terkini, laman web yang menyediakan cheat itu dikatakan telah menerima penambahan trafik dan pendaftaran sehingga 400% antara Julai hingga Ogos 2021.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan, Tom Henderson yang menurutnya telah bercakap dengan penyedia laman web cheat itu. Dalam tweetnya, Henderson menyatakan, penyedia laman web itu berkata:

“Yeah, matilah game itu. Kami telah menyaksikan peningkatan 400% dalam trafik laman web dan pendaftaran dalam Ogos berbanding Julai, dengan sebahagian besarnya datang dari carian-carian Battlefield 2042.”

Angka ini sememangnya amat merisaukan. Peningkatan lawatan dan pendaftaran di laman web itu menandakan yang bilangan pengguna cheat dalam Battlefield 2042, terutamanya untuk platform PC, akan turut meningkat dengan begitu ramai.

Sama-samalah kita berdoa supaya EA dan DICE mampu membendung gejala keji ini yang akan merosakkan keseronokan bermain game yang sangat dinantikan itu.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Story Trailer Untuk Far Cry 6 – Kezaliman Diktator, Kebangkitan Gerila

Berapa Bayaran Diterima Pedro Pascal, Henry Cavill Untuk Siri TV The Last of Us, The Witcher?