in , , ,

Toyota Dedahkan Tak Mahu Kereta Mereka Ada Dalam Game ‘Perlumbaan Jalanan Haram’

Peminat game perlumbaan kereta pastinya tidak sabar menantikan pelancaran Need for Speed Heat pada hujung tahun ini.

Membuatkan para peminat semakin tidak sabar apabila Ghost Games telahpun mendedahkan senarai kesemua 127 buah kereta yang akan dibawakan ke dalam Need for Speed Heat.

Walau bagaimanapun, peminat mendapati tiada sebuah kereta Toyota pun dalam game ini. Maka, satu tweet ditanyakan kepada akaun rasmi Toyota UK tentang ketiadaan ini, dan jawapannya telah mendedahkan yang Toyota tidak mahu ada kaitan dengan game yang mempromosikan perlumbaan jalanan haram.

Malah, akaun tersebut sempat menyebutkan game GT Sport yang dibangunkan oleh Polyphony Digital — mengatakan yang kereta-kereta Toyota ada dalam game eksklusif PS4 itu.

Korang boleh lihat tweet tersebut di bawah (terima kasih, GTPlanet.net):

Akaun rasmi Need for Speed turut masuk ke dalam perbualan ini dan secara berseloroh memerli, “pfft nerds”.

Apa yang menarik tentang pendedahan ini ialah tweet dari Toyota UK tersebut telahpun dipadam. Apakah sebab di sebalik pemadaman ini? Apakah benar ketiadaaan kereta Toyota dalam Need for Speed Heat disebabkan tidak mahu ada kaitan dengan ‘perlumbaan jalanan haram’ atau ada sebab lain?

Need for Speed Heat akan dilancarkan pada 8 November untuk PC, PS4 dan Xbox One.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Peminat Turut Mahu Boikot PS4 Selepas Laporan Sony Akan Tarik Balik Spider-Man Dari MCU

Sah! Johor Darul Ta'zim (JDT) Akan Ditampilkan Secara Rasmi Dalam PES 2020 Melalui AFC Champions League

Sah! Johor Darul Ta’zim (JDT) Akan Ditampilkan Secara Rasmi Dalam PES 2020 Melalui AFC Champions League