Level Infinite dan Hotta Studio telah mengeluarkan dua trailer gameplay baharu untuk Tower of Fantasy, sebuah game free-to-play open world MMORPG.
Dua trailer itu mengetengahkan aspek dari segi pilihan-pilihan kreatif yang diberikan kepada pemain semasa melakukan eksplorasi dalam dunia open world multiplayer.
Trailer Creative Gameplay memaparkan kebebasan pemain untuk mengembara dalam dunia Tower of Fantasy. Menunjukkan beberapa jenis kenderaan dan gajet-gajet lain yang boleh digunakan. Menggunakan senjata sci-fi dalam kombat dan beberapa mini games yang boleh dimainkan oleh pemain.
Dalam Social Gameplay pula, pemain akan mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dalam pasukan untuk menentang world boss bersama-sama. Mengembara dunia Aida sama ada menggunakan jetpack atau menaiki motorsikal. Pemain juga ambil gambar bersama-sama pemain lain.
Pre-load Tower of Fantasy boleh dimuat turun sekarang di iOS, Android dan PC. Ia akan dilancarkan pada 11 Ogos.
Comments
Loading…