in , , ,

Review Tower of Fantasy – Adakah ‘Pembunuh’ Genshin Impact?

Setelah lama menunggu, Tower of Fantasy akhirnya telah dilancarkan pada 11 Ogos 2022. Macam mana pengalaman korang main game ni? Best atau meh? Kalau korang belum main lagi, korang boleh baca review ini.

Tower of Fantasy merupakan sebuah game MMORPG dan gacha yang dibangunkan oleh Hotta Studio dan Perfect World dan diterbitkan oleh Level Infinite untuk platform PC, iOS dan Android.

Planet Aida

Pada tahun 2316, manusia telah menemui planet asing yang dipanggil Aida. Kerana Bumi mengalami masalah kekurangan sumber asli dan persekitaran yang kian runtuh. Manusia mula melakukan explorasi ke angkasa lepas selama lebih 200 tahun untuk mencari tempat tinggal baharu. Salah satunya ialah planet Aida.

Pada tahun 2653, sebuah komet telah ditemui iaitu Mara dan ia mempunyai potensi sebagai tenaga mutlak kepada kemajuan manusia. Jadi mereka membina Tower of Fantasy untuk menyedut keluar tenaga yang dipanggil Omnium dari komet tersebut.

Malangnya, letupan besar berlaku dari tenaga Omnium menyebabkan radiasi yang merebak di planet Aida. Manusia yang dijangkiti menjadi raksasa yang mengerunkan. Manakala mereka yang terselamat dari radiasi pula adalah disebabkan mereka memakai gajet ‘suppressor’.

Hykros, sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengawal selia tenaga Omnium. Berlawanan dengan Hykros ialah Heirs of Aida, organisasi ini menentang Hykros dan mengganggap Omnium sebagai tenaga jahat dan patut dihentikan.

Perjalanan protagonis bermula 50 tahun selepas peristiwa letupan Omnium untuk mencari punca perbalahan di antara Hykros dan Heirs of Aida.

Bagi penulis, permulaan ceritanya bermula agak rushing apabila pemain bertemu dengan Zeke dan Shirli. Pemain tidak diberikan masa yang cukup untuk mengenali mereka berdua dengan lebih. Plot terus lompat kepada pemasalahan konflik Heirs of Aida dan Hykros.

Tambahan pula, tak ada banyak dokumen-dokumen semasa explorasi untuk pemain cari untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang planet Aida, konflik Heirs of Aida dan Hykros dan lain-lain.

Sesetengah suara dialog yang hilang, kelajuan teks yang tidak selari dengan suara dialog dan animasi cutscenes yang nampak ‘tak siap’ di beberapa bahagian sedikit sebanyak membantutkan pengalaman bermain.

Mencipta protagonis

Salah satu ciri utama dalam Tower of Fantasy ialah character customization. Pemain boleh ubah suai dari rambut, muka sehingga ke badan. Namun, penekanan diberikan lebih kepada bahagian rambut dan muka.

Manakala, bagi pakaian pula, terdapat banyak pakaian yang pemain boleh dapatkan dengan melakukan explorasi atau melalui gacha. Penulis pasti banyak pemain habiskan masa berjam-jam kat bahagian ni terutamanya nak pilih sama ada nak guna lelaki atau perempuan.

Explorasi di Asperia

Tower of Fantasy juga akan memperkenalkan pemain kepada peta Asperia di mana pemain boleh menjelajah mencari chests, lawan raksasa, selesaikan puzzles dan lawan world boss. Korang akan bertembung dengan pemain lain di dunia ini untuk sama-sama lawan world boss dan selesaikan puzzles.

Peta Asperia juga tidak menyediakan banyak teleport waypoints. Ini kerana Tower of Fantasy menyediakan jetpack dan kenderaan seperti motorsikal. Terdapat banyak lagi kenderaan yang pemain boleh dapatkan dalam game ni.

Tidak lupa juga cybernetic arm yang bertindak sebagai grappling hook. Bagi pemain baru, penulis akan suruh korang dapatkan dulu relic ni kerana ia akan membantu banyak semasa explorasi pemain.

Penulis ada sebut pasal relic. Apa tu relic? Relic merupakan gajet yang dapat membantu pemain semasa bertempur, explorasi atau semasa lakukan puzzles. Terdapat banyak relic yang pemain boleh dapatkan seperti cybernetic arm, mech suit, missile barrage, cloak suit dan banyak lagi.

Lokasi-lokasi di peta Asperia penulis boleh katakan cantik dengan gabungan flora dan fauna serta tema sains fiksyennya. Terutama sekali di kawasan salji, pokok-pokok di situ nampak bukan organik tapi hidup bersama dengan hidupan organik lain.

Kombat gabungan tiga senjata

Kombat dalam Tower of Fantasy menekankan pemain untuk tukar antara tiga jenis senjata berbeza. Senjata yang merangkumi dual pistol, pedang, scythe, dual daggers dan banyak lagi. Setiap dari senjata itu mempunyai elemen seperti flame, frost, volt dan physical. Dan juga peranan seperti tank, DPS dan support.

Selain skill, terdapat banyak kombo yang boleh dilakukan oleh pemain seperti aerial attacks, attack and hold attack, back dash attack, front dash attack dan charge attack. Semua ni akan membantu untuk refill discharge meter atau bahasa mudahnya ultimate skill. Dengan menukar ke senjata lain dapat mengaktifkan discharge skill.

Perlu diingatkan juga pemain akan bertemu dengan ramai musuh yang menggunakan perisai. Dan ada sesetengah senjata yang fokus untuk memecahkan perisai.

Bagi penulis, setiap senjata dalam game ini seronok untuk digunakan. Animasi serangannya yang menarik terutamanya semasa serangan udara digabungkan dengan kombo senjata lain serta musuh yang kerap menjadi pertempuran lebih mencabar.

Untuk menjadikannya lebih menarik, Phantasia diperkenalkan kepada pemain semasa berlawan. Apabila pemain berjaya mengelakkan serangan musuh. Phantasia diaktifkan, satu bulatan besar akan wujud dan musuh yang berada di dalamnya akan berhenti bergerak. Ini membolehkan pemain untuk mendapatkan ruang melakukan serangan lebih banyak dan mengecas lebih pantas discharge skill.

Aktiviti-aktiviti di Asperia

World boss merupakan aktiviti yang korang akan lakukan beramai-ramai dalam Tower of Fantasy. Ada sesetengah daripada world boss tersebut senang dan ada juga yang susah. Ada juga mechanic yang diperkenalkan yang memerlukan kerjasama dari pemain lain. Contohnya, Frost Bot di mana salah satu serangannya akan membekukan pemain. Pemain tidak boleh bergerak kecuali pemain lain membantu membebaskan pemain dengan menggunakan senjata elemen api.

Jika world boss itu dah dihapuskan oleh pemain lain. Jangan risau kerana pemain boleh gunakan sistem channel. Pemain hanya perlu perhatikan pada world chat untuk melihat pemain lain yang memerlukan bantuan dari boss yang sama. Jika mereka ada di channel 16 dan korang berada di channel 7. Korang boleh lompat ke channel 16 untuk lawan boss. Namun, channel hopping ni ada 30 minit cooldown, jadi gunakan sebaik-baiknya.

Kalau mobile game pasti tak boleh lari dari sistem energy. Vitality merupakan sistem energy dalam Tower of Fantasy, namun ia digunakan lebih kepada dungeons seperti Joint Operation, Dimensional Trials, Interstellar Exploration, Omnium Beacons dan Spacetime Domain. World boss menggunakan sistem chips yang pemain boleh dapat dengan melakukan daily bounty dan weekly missions.

Terdapat tiga chips, blue, purple dan gold chip. World boss menggunakan gold chips. Blue dan purple chips digunakan untuk membuka password chest yang respawn setiap hari.

Apa yang bagusnya tentang Tower of Fantasy. Walaupun korang dah habis vitality atau chips. Korang masih boleh lakukan world boss dan dungeons. Namun jumlah ganjaran dikurangkan tapi korang dapat support points yang korang gunakan di shops.

Daily bounty adalah benda yang korang akan lakukan setiap hari untuk dapatkan EXP, chips dan dark crystals. Korang juga boleh sertai crew yang memuatkan seramai 160 ahli. Korang boleh lengkapkan misi yang diberikan oleh crew untuk dapatkan ganjaran. Manakala ability training pula adalah mini games yang korang boleh selesaikan untuk dapatkan points.

Void Rifts ada mode di mana ia memerlukan kerjasama antara 4 orang pemain. Pemain perlu dapatkan 3 kunci dan menggumpulkan buffs sebelum bertembung dengan boss. Peranan DPS, support dan tank penting dalam mode ini. Pemain juga boleh bertukar-tukar buff dengan pemain lagi mengikut roles yang dibawa oleh pemain.

Frontier Clash pula merupakan sebuah mode yang menekankan DPS dan support kerana terdapat 15 waves yang perlu diselesaikan dalam masa terhad. Dan setiap peringkat akan unlock chests.

Wormhole pula adalah mode seperti roguelike di mana pemain akan menyelesaikan setiap levels dan dalam masa yang sama perlu mendapatkan buff. Ianya lebih kurang macam Void Rifts tapi solo serta lebih panjang.

Bygone Phantasm pula adalah mode seperti Spiral Abyss dalam Genshin Impact. Apa yang bezanya adalah mode ini ada lebih dari 100 levels. Malah Tower of Fantasy versi China, pemain di sana sudah mencapai level 600 lebih. Ini merupakan mode kegemaran penulis kerana ia memberikan sebab kepada pemain untuk terus mencari gear dan matrices yang lebih bagus.

Jika korang kurang mengemari PvE. Tower of Fantasy ada menyediakan mode PvP menerusi Apex League di mana pemain akan berlawan dengan pemain lain untuk mencapai ranking pertama. Walaupun PvP ini dikatakan balance kerana kedua-dua pihak menerima max stars dari senjata pilihan mereka serta gear dan matrices tidak diambil kira dalam mode ini. Kelebihan akan diberikan kepada pemain yang dapat pull senjata dari limited banner. Namun, jika pemain bijak rancang strategi, pemain boleh gunakan relics untuk tangkis balik serangan pihak lawan.

Mode seperti Void Rifts, Wormhole, Bygone Phantasm, Frontier Clash dan Apex League tidak menggunakan vitality.

Tambah kekuatan karakter

Combat Score atau CS akan menentukan sama karakter korang kuat atau tak untuk berdepan dengan musuh. Combat Score boleh ditingkatkan pada 3 bahagian, senjata, matrices dan gear.

Senjata boleh ditingkatkan dengan level up senjata korang untuk mencapai damage maksimum. Bagi matrices pula, ia didatangkan dengan 4 set dan pemain boleh gunakan 2 set sama dan 2 set lain untuk aktifkan kekuatan pada senjata korang. Matrices boleh didapati dengan melakukan world boss atau dungeons.

Manakala gear pula adalah kelengkapan yang korang pakai pada karakter. Ini juga akan menambah CS korang. Gear juga mempunyai stats dan substats seperti matrices. Namun stats matrices sudah ditetapkan tapi tidak untuk gear, stats-nya rawak. Korang akan banyak menghabiskan masa grind untuk mencari matrices dan gear yang sesuai.

Gacha 2 in 1

Dark crystals merupakan currency yang korang akan dapat dalam Tower of Fantasy. Terdapat tiga jenis pulls iaitu gold nucleus, black nucleus dan red nucleus. Korang akan dapat banyak pull untuk gold dan black nucleus. Gold untuk standard banner dan black nucleus untuk banner yang mana rate-nya sangat rendah.

Soalannya, mana nak dapat red nucleus? Dengan sertai event dan gunakan dark crystals. Ini kerana red nucleus hanya digunakan untuk limited banner. Jadi untuk F2P player, jangan gunakan dark crystals selain red nucleus.

Pity banner tidak akan reset dan pity dibawa ke banner seterusnya. Namun, korang akan selalu berada dalam situasi 50/50 sehingga korang mencapai pull ke-120 untuk mendapatkan guarantee. Jadi pasti korang cukup 120 pulls untuk limited banner.

Tapi kenapa 120? Kerana apabila korang buat 120 pulls korang akan dapat 120 flame tokens yang boleh digunakan untuk beli satu lagi salinan senjata limited banner tersebut di shop. Kalau korang tak gunakannya, flame token ditukar ke gold token untuk standard banner.

Dalam Tower of Fantasy, korang bukan pull karakter, tapi korang pull senjata yang didatangkan sekali dengan character skin senjata tersebut. Berbanding dengan game gacha lain yang penulis pernah main di mana character banner dan weapon banner dipisahkan. Penulis suka apa yang diimplementasi dalam game ni.

Menerusi sistem Simulacrum, korang ada pilihan sama ada nak gunakan karakter ciptaan korang dan gunakan senjata gacha. Atau gunakan karakter skin banner dan masih boleh gunakan senjata-senjata lain. Itu salah satu aspek yang penulis suka dalam Tower of Fantasy.

Terdapat juga matrices banner. Tapi kalau korang F2P player, ada matrices alternatif yang korang boleh dapatkan dari world boss dan joint operations.

Grafik dan muzik

Secara keseluruhan, bagi penulis grafik dalam Tower of Fantasy baik kecuali semasa animasi cutscenes yang seperti penulis katakan tadi nampak ‘tak siap’. Efek semasa kombat dan persekitaran di peta Asperia semua nampak baik.

Walaupun penulis ada dengar dari pemain lain yang game ni ada bugs dan glitches. Bug yang penulis pernah kena masa main kat PC adalah tercampak keluar dari map, sekali itu saja. Selebihnya normal. Walau apapun, harap pihak pembangun dapat baiki masalah ini.

Dari segi muzik, semuanya bagus sama ada semasa eksplorasi atau semasa kombat. Lagu kegemaran penulis tetap di lokasi Warren Snowfield dan di Cetus Island iaitu Meant To Be nyanyian Shymie.

Penulis ada mendengar banyak di media sosial tentang Tower of Fantasy ialah ‘Genshin Killer’. Persoalannya, adakah Tower of Fantasy ‘Genshin Killer’? Tidak. Kerana Tower of Fantasy dan Genshin Impact memfokuskan kepada sasaran gamer yang berbeza. Tower of Fantasy lebih ke arah pemain yang suka kepada aspek multiplayer dan sosial. Genshin Impact lebih kepada single player yang berat ke arah story dan lore. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Apa-apa pun pilihan di tangan pemain, korang yang tentukan mana yang korang suka.

Boleh Beli

Tower of Fantasy sesuai bagi korang yang sukakan aspek multiplayer dan sosial serta lebih banyak game modes.

Boleh Blah

Bagi korang yang lebih mementingkan story dan tidak mahu world korang diganggu oleh pemain lain. Tower of Fantasy bukan untuk korang.

Boleh Beli

+ Aspek sosial dan multiplayer

+ Kombat dengan gabungan kombo yang mantap

+ Muzik yang nice dan tenang

+ Gacha 2 in 1 di mana senjata didatangkan sekali dengan character skin dan ada pilihan untuk gunakan atau tidak character skin itu

+ Ada banyak game modes

Boleh Blah

– Suara dialog yang hilang dan teks dialog yang tidak seragam dengan suara.

– Animasi cutscenes yang nampak ‘tak siap’

– Permulaan story yang agak rushing dan tidak ditekankan sangat lore serta pacing yang tidak konsisten

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Ubisoft Dilaporkan Akan Memperlihatkan 4 Game Assassin’s Creed Hujung Minggu Ini

Call of Duty Akan Terus Dilancarkan Ke PlayStation Walaupun Kini Milik Microsoft