in , , , ,

Tournament Esports Asyik Di Semenanjung – BORNEO eARENA Jadi Bukti Kebolehan Anak Sabah Anjur Acara Esports Antarabangsa!

BORNEO eARENA bukti kemampuan Sabah anjurkan acara esports bertaraf antarabangsa!

BORNEO eARENA yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru sahaja berakhir semalam. Dan pada hemat penulis, acara ini merupakan penganjuran acara esports yang harus dibanggakan.

Atlit-atlit esports serantau turun menyertai BORNEO eARENA 2017, acara esport terbesar pernah diadakan di Borneo ini.

Bukan sahaja ianya satu usaha membangunkan bakat belia tempatan dalam arena esports, ianya juga ingin menjadi platform menggalakkan hubungan sesama negara-negara serantau di atas platform esports dan pelancongan!

Berikut adalah acara tournament FIFA 17 di HISTORY Con Malaysia 2017 yang diuruskan oleh GamesBond! Bukan calang-calang,…

Posted by JomGaming on Isnin, 7 Ogos 2017

Peringkat kelayakan FIFA 17 pada 4 – 6 Ogos 2017 di MAEPS Serdang menyaksikan penyertaan atlit esports dari Indonesia, Sudan, Zimbabwe, Brunei & Singapura.
Muhamad Arif bin Omar, Pengarah Urusan Puncak Niaga Maju (PNM)

Menurut Muhamad Arif bin Omar, Pengarah Urusan Puncak Niaga Maju (PNM), BORNEO eARENA anjuran PNM Ideas Sdn. Bhd. ini merupakan projek perintis mereka dalam menjadikan esports sebagai pengisian pembangunan komuniti tempatan ke arah kerjaya di dalam arena esports masakini yang lumayan.

Bagi menjayakan inisiatif ini, BORNEO eARENA yang mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dirancang sebagai acara tahunan sehingga 2019! Pelbagai acara esports di bawah jenama lain turut dirancang PNM untuk diadakan di masa hadapan. Penulis pastinya tak sabar menantikan ianya menjadi kenyataan.

Abdul Afif bin Roslan, Kapten Pasukan CS:GO Darkry Gaming dari Brunei

Abdul Afif bin Roslan, Kapten Pasukan CS:GO Darkry Gaming dari Brunei turut mengakui bahawa, “Malaysia mempunyai pasukan esports bertaraf antarabangsa seperti Fnatic DotA 2 dan MVP.Karnal CS:GO, kemudahan dan infrastruktur mengacarakan tournament esports, serta sokongan peminat-peminat esports yang sangat ramai. Penyertaan BORNEO eARENA yang terbuka kepada peserta bukan warga Malaysia juga sangat kami alu-alukan!”

Pugu Mantang ‘ZEUS_DENNIS’ pemain FIFA 17 dari Indonesia

Pugu Mantang, pemain dari ZEUS, clan FIFA 17 Indonesia berkata, “Penganjuran acara di BORNEO eARENA sangat tersusun dan teratur, dan diadakan di tapak acara cukup besar dan meriah dengan kehadiran dan sokongan peminat.”

Rinie bin Ramli, Setiausaha Agung Esports Malaysia / Ketua Marshall FIFA 17 BORNEO eARENA

Rinie bin Ramli, Setiausaha Agung Esports Malaysia yang juga hadir selaku Ketua Marshall bagi acara FIFA 17 turut memuji penganjuran acara ini yang selari dengan hasrat organisasi tersebut dalam menjayakan pembangunan bakat esports negara ke peringkat antarabangsa.

Peringkat kelayakan Tekken 7 pada 4 September 2017 di Dewan Masyarakat Tun Said bin Keruak, Kota Belud, Sabah pula menyaksikan 85 peserta dari sekitar negeri Sabah mengambil bahagian.
GAMESBOND selaku penganjur bersama BORNEO eARENA bagi acara FIFA 17.

BORNEO eARENA yang bermula dengan acara-acara peringkat kelayakan sejak Ogos lepas di Semenanjung Malaysia dan Sabah telah mencapai kemuncaknya pada 16 – 17 September 2017 di Aras 4, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah.

Acara kemuncak ini menyaksikan penyertaan seramai 2,000 orang atlit esports merentasi 5 jenis game – Mobile Legend (200 peserta), FIFA 17 (900 peserta), CSGO (300 peserta), DotA 2 (200 peserta) dan Tekken 7 (100 peserta) yang hadir bagi merebut wang hadiah kemenangan terkumpul bernilai RM 150,000.

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang hadir secara tidak rasmi meluangkan masa bagi memberi sokongan kepada anak-anak muda bertanding di pusingan final BORNEO eARENA 2017.

Di samping itu, pengunjung ke Centre Point Kota Kinabalu dan Borneo eArena 2017 pula dihiburkan oleh Ray dari JoHaRa ERA.fm dan Riskandar Shah selaku pengacara majlis yang memenuhi masa antara acara dengan giveaway dan exhibition matches.

Ray dari JoHaRa ERA.fm dan Riskandar Shah yang sentiasa menghiburkan para hadirin.

Acara BORNEO eARENA diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada pemenang-pemenang edisi 2017. Masing-masing membawa wang hadiah kemenangan berikut.

Mobile Legends
Juara: Team UFO (Singapura) bawa pulang RM20,000
Naib Juara: Team Triads (Singapura) bawa pulang RM10,000
Tempat Ke-3: Team Yeezy (Singapura) bawa pulang RM5,000

FIFA 17
Juara: MYFES_EPIZ bawa pulang RM7,000
Naib Juara: AMG.FV | TI_Kathi bawa pulang RM3,000
Tempat Ke-3: ZEUS_DENNIS (Indonesia) bawa pulang RM1,000

CS:GO
Juara: Goodfellas (Brunei) bawa pulang RM7,000
Naib Juara: Fallout Gaming bawa pulang RM3,500
Tempat Ke-3: Team Thunderboltz bawa pulang RM2,000

DotA 2
Juara: Team GalaxyGaming bawa pulang RM7,000
Naib Juara: Team Chicken Rice 1 Stratos bawa pulang RM3,500
Tempat Ke-3: Team Storm bawa pulang RM2,000

Tekken 7
Juara: Mohd Rizan ‘HXI|BLEED’ Mujip bawa pulang RM1,500
Naib Juara: Harry Aminudin ‘KBM_Balance’ bawa pulang RM700
Tempat Ke-3: Gerry Gan ‘KBM_Good Revival’ bawa pulang RM400
Tempat Ke-4: Hasbullah Abdullah ‘Orenk.INC’ bawa pulang RM400

Mantap juga acara Borneo e-Arena. Ada Mobile Legends: Bang bang, EA SPORTS FIFA 17, Dota 2, Counter Strike: Global…

Posted by JomGaming on Sabtu, 16 September 2017

Yang pasti, bukan pemenang-pemenang sahaja yang pulang dengan senyuman lebar.

Peminat esports serantau, pengunjung ke Center Point, Kota Kinabalu, pihak penganjur BORNEO eARENA dan termasuk penulis semuanya pulang dengan senyuman.

Senyum memikirkan masa hadapan esports negara yang semakin meriah.

What do you think?

Written by Big Boss

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy Yang Seterusnya Akan Mengambil Ilham Dari Zelda Breath Of Wild Ciptaan Nintendo

15 Bulan Selepas Pelancaran, Battleborn Tidak Lagi Akan Bawakan Kandungan Baru