Pada 24 Disember lepas, Playstation Asia dan ESL telah mengumumkan tournament Call of Duty Asia Championship! Korang kata korang hardcore CoD? Time to shine geng!
Pada 9 dan 10 Januari nanti, peringkat saringan akan diadakan secara online bagi gamers dari region Hong Kong, Taiwan, Korea dan South East Asia (Singapore, Malaysia, Thailand, Indonesia and Philippines).
Team yang berjaya melepasi peringkat saringan ini akan mewakili region masing-masing dan bertempur 4v4 menentang team dari region lain di pentas utama Playstation booth di Taipei Game Show 2016 pada bulan Februari nanti!
Hanya empat pasukan akan terpilih dari kesemua region untuk Championship Finals yang menjanjikan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah USD 23,000! Adakah team korang akan berjaya mendapatkan spot itu nanti?
Paling best, kalau menang saringan peringkat regionals pon boleh dapat USD 2,000 sebagai hadiah! Amacam? Belum cuba, belum tahu geng!
Korang berminat? Apalagi, cepat-cepat daftar! Pendaftaran dibuka sehingga 8 Januari 2016 ini! Klik SINI dan lawati laman web utama tournament ini untuk mendapatkan maklumat penuh dan sign-up dengan team Call of Duty korang!
Comments
Loading…