in , , ,

Toukiden 2: Aksi Pertarungan Menentang Syaitan Gergasi!

Ia diumumkan di Tokyo Game Show 2015 dan kini Koei Tecmo telahpun mengeluarkan gameplay trailer untuk Toukiden 2!

Toukiden-2-01

Toukiden 2 akan mengekalkan genre action-RPG dan membenarkan pemain menjelajah dunianya secara bebas. Kekal dalam dunia fantasi bertemakan medieval Jepun sememangnya nampak menarik dengan penggunaan pelbagai tona warna.

Pemain akan ditugaskan untuk mencari dan menghapuskan kuasa kejahatan yang telah muncul di permukaan dunia dan membuat kekacauan.

Toukiden-2-02

Nampaknya gameplay untuk Toukiden 2 adalah seperti mana yang ditunjukkan dalam screenshot yang dikongsi oleh Koei Tecmo pada tahun lepas. Ini amat mengagumkan!

Demo akan dikeluarkan pada 11 April 2016 untuk PS4 dan PS3 manakala 30 Jun bagi PS Vita tetapi hanya untuk pasaran Jepun. Tiada berita untuk alih bahasa Inggeris.

Toukiden-2-03

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation VR: Kemungkinan Bertapak Di PC Juga!

PS4 Versi Baharu Dilaporkan Bakal Keluar Sebelum Oktober Tahun Ini!