Filem adaptasi daripada game yang dibangunkan Capcom, Monster Hunter telahpun lama diumumkan, iaitu semasa Tokyo Game Show 2016.
Terbaru, kita telah mendapat berita baru bahawa pelakon seni beladiri terkenal dari Thailand, Tony Jaa telah dibawa masuk sebagai salah seorang pelakon dalam filem ini, lapor Hollywood Reporter.
Antara barisan pelakon yang telah didedahkan sebelum ini ialah Milla Jovovich, T.I. Harris dan Ron Perlman, serta akan diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Penggambaran filem ini telah bermula pada bulan ini di Afrika Selatan.
Menurut laporan itu lagi, Jovovich akan memegang watak sebagai Artemis, manakala Tony Jaa pula akan menjadi watak utama dalam filem ini, dikenali dengan mudah sebagai The Hunter.
Akaun Instagram Tony Jaa juga telah memuatnaik beberapa gambar dengan kapsyen yang diletakkan sekali #MonsterHunter. Korang boleh lihatnya di bawah:
Comments
Loading…