in , , , ,

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Remaster Diumumkan Untuk PC, PS4 Dan Xbox One, Dilancarkan September Ini

Satu game rahsia yang diletakkan bersempena Summer Game Fest telah diumumkan, dan ia merupakan sebuah game remaster klasik yang semestinya menggembirakan ramai.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 telah diumumkan oleh Vicarious Visions, Activision, dan skater legenda Tony Hawk — iaitu sebuah game koleksi remastered untuk dua game pertama Tony Hawk’s Pro Skater.

Ia akan dilancarkan untuk PC (Epic Games Store), PS4 dan Xbox One pada 4 September ini.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 didedahkan melalui satu video trailer yang memaparkan grafik remastered yang sangat menarik, sambil membandingkan sedikit beberapa babak yang diambil dari game-game asal. Game ini akan mampu dimainkan dalam resolusi 4K dan 60 fps.

Kesemua level yang pernah ada dalam kedua-dua game asal akan dikembalikan dalam versi remaster ini, serta beberapa soundtrack dari game asal juga akan ditampilkan. Malah, kesemua pro skater dari Tony Hawk’s Pro Skater 2 akan dibawakan dalam game ini.

Lebih menarik, versi remaster ini turut membawakan online multiplayer serta local co-op. Activition tidak menyebutkan secara spesifik, tetapi mereka mengatakan yang ia akan mempunyai bermacam mode, offline dan online.

Bukan itu sahaja, Create-a-Skater dan Create-a-Park turut kembali. Kemudian, park yang korang bina itu, boleh dikongsikan secara online dan dimainkan oleh pemain lain.

Dan di luar kebiasaan, kita dapat melihat gameplay pertama Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 melalui video yang dinaikkan di channel Youtube Jack Black, yang mana pelakon Hollywood itu mencuba game ini semasa meluangkan masa bersama Tony Hawk sendiri.

Jom layan:

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pemenang Pingat Emas Esports Pertama Di Sukan SEA Kini Tercatat Dalam Malaysia Book of Records

Pemenang Pingat Emas Esports Pertama Di Sukan SEA Kini Tercatat Dalam Malaysia Book of Records

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Menjelang PS5, Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif