Tetapi kini bukan lagi bersama Activition.

Pasti ramai yang tahu bahawa Activision telah menerima kritikan yang teruk dengan penerbitan Tony Hawk Pro Skater 5. Penuh dengan bug dan glitch, jelas kualiti pembuatan game tersebut sangatlah teruk dan tidak dipantau.
Oleh kerana ini, Tony Hawk telah mengambil tindakan untuk bekerjasama dengan sebuah studio tetapi enggan memberi info lanjut kerana ia masih lagi dalam fasa yang terlalu awal. Perkara ini telah sampaikan oleh beliau dalam temubual bersama Jenkem Magazine.
Mungkin ini bermakna hakmilik bagi siri Tony Hawk Pro Skater telah dijual oleh Activision atau mungkin sebuah siri baru sedang dibangunkan. Mungkinkah Tony Hawk kini bekerjasama bersama EA untuk membangunkan Skate 4?
Apa pun, kita nantikan berita dari projek terbaru Tony Hawk ini pada masa akan datang.
Comments
Loading…