Awal tahun ini, gamers telah dikejutkan dengan pelancaran Apex Legends. Ia telah menjadi bualan para pemain di seluruh dunia sehingga dikatakan mampu memecahkan dominasi Fortnite sebagai game battle royale paling popular sepanjang tahun 2018.

Terbaru, menurut laporan VGR, cita-cita besar Apex Legends ini mungkin sudah sedikit tersasar daripada landasan. Laporan ini menyatakan yang game keluaran Respawn itu pernah mencapai 40 juta jam tontonan dalam satu minggu di Twitch pada pertengahan bulan Februari 2019, tetapi angka ini telahpun menurun kepada 10 juta jam tontonan sahaja pada pertengan Mac 2019.

Berbeza dengan Fortnite, semasa pelancaran Apex Legends, game keluaran Epic Games itu telah turun ke angka bawah 20 juta jam tontonan, namun sebaik sahaja statistik Apex Legends pula mula menurun, Fortnite kembali berada di atas 20 juta jam tontonan dalam seminggu.

Berikut ialah graf yang memperlihatkan statistik ini:

Walaupun jumlah tontonan livestream bukanlah gambaran sebenar terhadap bilangan pemain yang bermain sesuatu game atau jumlah keuntungan yang berjaya dicapai, tetapi ia juga merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada sesuatu game itu masih lagi popular ataupun tidak.

Apa komen korang? Game battle royale mana yang masih menjadi pilihan hati korang?

JomKomen!