in , , , , ,

Tonton Video Terbaru Far Cry 5 Yang Memaparkan Beberapa Karakter Dan Gameplay Co-Op

Sementara menanti Far Cry 5 yang akan dikeluarkan pada bulan Mac, Ubisoft sudah mula memberikan banyak maklumat tentang game mereka ini. Hari ini, Ubisoft mengeluarkan video terbaru yang memaparkan beberapa karakter dan gameplay co-op.

Video ini menampilkan Pengarah Kreatif, Dan Hay dan Produser Bersekutu, Philippe Fournier sedang mereka menjelaskan maklumat baru tersebut. Hay memulakan video itu dengan bercakap mengenai beberapa karakter yang akan muncul dalam Far Cry 5.

Game yang lepas selalunya menampilkan seramai antara 18 hingga 20 karakter, namun kali ini Far Cry 5 menampilkan seramai 65 karakter. Kesemua karakter itu mempunyai keunikan dan mempunyai tugas serta tujuan yang spesifik.

Fournier pula membincangkan tentang bagaimana co-op akan berfungsi dalam Far Cry 5, dan kebanyakannya cara ia dimainkan hampir sama seperti Far Cry 4. Secara spesifiknya Fournier bercakap tentang kepuasan di mana seorang pemain sedang menerbangkan helikopter sementar seorang lagi pemain sedang bertempur atau sedang berlegar-legar dengan memandu trak.

Beberapa aspek yang dapat dilihat dalam video ini adalah pelbagai jenis hidupan liar yang boleh dijumpai dan gameplay yang menampilkan penggunaan senjata flamethrower serta anjing peliharaan.

Far Cry 5 akan dikeluarkan pada 27 Mac 2018 untuk PS4, Xbox One dan PC.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Shooter Free-To-Play Ironsight Akan Mulakan Sesi Ujian Beta Terbuka Pada Bulan Februari

Dapatkan The Red Solstice Secara Percuma Sekarang!