in , ,

Tonton Trailer Untuk Kesemua 25 Game Yang Diperlihatkan Dalam Acara Pertama PS5

Awal pagi tadi merupakan satu detik bersejarah buat peminat setia PlayStation. Buat julung kalinya, acara pertama untuk PS5 telah diadakan secara digital.

Seperti dijanjikan, acara kali ini telah memfokuskan kepada game yang akan dikeluarkan untuk PS5, sama ada game eksklusif mahupun dari pembangun pihak ketiga — malah pada akhir acara, Sony telah mengejutkan kita semua dengan pendedahan reka bentuk konsol PS5.

Dalam paparan yang berlangsung selama kira-kira sejam, ia telah memperlihatkan 25 buah game yang akan dilancarkan ke PS5, sama ada francais sedia ada atau sekuel serta IP-IP baharu. Antara yang menjadi perbualan hangat pastinya ialah pelancaran semula GTA V ke PS5, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Horizon Forbidden West, Gran Turismo 7 dan Resident Evil 8: Village.

Bagi sesiapa yang terlepas acara ini awal pagi tadi, berikut ialah trailer untuk kesemua 25 game yang telah diperlihatkan:

Game mana yang paling korang teruja? Sama-sama kita sembang di ruangan komen.

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Resident Evil 8: Village Diumumkan Untuk PS5, Xbox Series X Dan PC – Saksikan Trailer Penuh Seram Ini

The Last of Us Part II: Boleh Beli or Boleh Blah!?