Trailer terbaru Wild Hearts dari Koei Tecmo dan EA memaparkan karakter-karakter berada di kampung Minato.
Wild Hearts merupakan game aksi RPG yang dibangunkan oleh pembangun veteran Omega Force yang pernah menghasilkan siri Warriors. Pemain akan bermain sebagai pemburu dalam misi menghapuskan raksasa besar seperti Kemono sama ada solo atau berkumpulan.
Lihat pada trailer tersebut kelihatan misi pemain akan dibantu oleh Ujishige iaitu seorang samurai, Seren seorang tukang senjata dan Suzuran iaitu seorang saintis.
Nantikan review Wild Hearts daripada JomGaming yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.
Wild Hearts akan dikeluarkan pada 17 Februari 2023 untuk platform PC, PS5 dan Xbox Series X/S.
Comments
Loading…