Game indie open-world-survival-horror The Forest akan boleh didapati untuk PS4 pada tahun 2018.
Asalnya game ini mahu dikeluarkan untuk PS4 pada tahun 2015. Game yang dihasilkan oleh Endnight Games ini akan dikeluarkan pada tahun 2018.
Trailer terbaru ini ditayangkan semasa PlayStation Experience 2017 pada hujung minggu ini memaparkan elemen kerjasama dalam game itu, tapi boleh juga dimainkan secara berseorangan.
Multiplayer juga akan ditambah untuk memberi manfaat kepada penggunaan controller DualShock 4 sebagai ciri walkie-talkie.
Dalam The Forest, pemain akan mencipta senjata dari bahan-bahan seperti kayu dan batu. Menebang pokok untuk membina kubu dan berlawan untuk terus hidup.
The Forest boleh didapati sekarang melalui Steam Early Access dan akan dikeluarkan untuk PC pada tahun hadapan juga.
Comments
Loading…