Trailer Teardown oleh Tuxedo Labs itu telah dipaparkan semasa Gamescom 2020 Opening Night Live.
Teardown merupakan game rompakan first-person berdasarkan voxel lengkap dengan efek kemusnahan pada bangunan dan setiap objek yang ada pada persekitaran. Semuanya boleh dihancurkan.
Pemain boleh menggunakan bahan letupan untuk meletupkan dinding supaya boleh dilalui oleh kenderaan. Bukan itu sahaja, banyak lagi permukaan dan ruang yang boleh dipecah dan diletupkan untuk menghasilkan pelan rompakan terbaik dari pemain.
Teardown akan hadir ke Steam sebagai Early Access pada tahun ini.
Comments
Loading…