in , ,

Tonton Trailer Rasmi Voidtrain – Pemain Menjelajah Ke Pelbagai Dimensi Dengan Keretapi

Naik keretapi, pergi ke dimensi lain, terokai dunia baru, bersedia menghadapi pelbagai jenis musuh dan ulanginya. Itulah Voidtrain.

Voidtrain merupakan sebuah game first-person action-survival dari studio pembangun Nearga di mana pemain akan menjelajah ke pelbagai dimensi untuk menaik-taraf keretapi, kumpulkan sumber baru dan bina senjata yang lebih baik. Game ini boleh dimainkan secara berseorangan atau empat pemain dalam mode co-op multiplayer.

Pemain akan mulakan dengan menaiki troli kecil yang perlu ditolak. Pemain perlukan kumpulkan semua sumber yang ada untuk menaik-taraf kelengkapan dan ubahsuai troli pemain dari kecil sehingga besar menjadi keretapi yang mempunyai sistem pertahanan, senjata canggih dan enjin yang lebih laju seperti menggunakan kuasa tesla atau kuasa wap.

Dimensi-dimensi yang akan dijelajah oleh pemain merangkumi pulau terapung di mana pemain perlu menggunakan graviti untuk melepasinya dan beberapa kawasan yang dikuasai oleh tentera Nazi. Pemain akan bertembung dengan pelbagai jenis raksasa. Game ini juga memuatkan elemen puzzle dan tahap difficulty yang akan menjadi semakin sukar.

Voidtrain akan dikeluarkan pada musim luruh tahun ini di PC.

Sumber: VG247

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekuel Horizon Zero Dawn – Horizon Forbidden West Diperlihatkan, Saksikan Trailer Pertama

Headbanging Bersama Metal: Hellsinger Dalam Menumpaskan Raksasa Neraka Mengikut Rentak Irama